Syarat UMUM Pertandingan SCITECH2017
1. Penyertaan ini terbuka kepada semua pelajar warganegara Malaysia sekolah menengah dari tingkatan 1 hingga 5 yang melibatkan;
i. Sekolah Menengah Kebangsaan seluruh Malaysia
ii. Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) seluruh Malaysia
iii. Sekolah Berasrama Penuh (SBP) seluruh Malaysia
2. Setiap penyertaan dikenakan yuran sebanyak RM150.00 + GST 6% (RM159) bagi setiap pasukan untuk satu pertandingan.
3. Sekolah yang menghantar 5 pasukan bagi kesemua pertandingan akan diberikan diskaun sebanyak RM600.00 + GST 6%
(RM636 sahaja).
4. Semua transaksi pembayaran hendaklah dibuat terus ke dalam akaun rasmi Universiti Teknologi MARA (UiTM).
5. Sila simpan bukti pembayaran bagi memudahkan urusan pengeluaran resit oleh pihak Bendahari UiTM.
6. Maklumat pembayaran adalah seperti berikut;
12168010003457 (No Akaun)
Bank Islam Malaysia Berhad
Universiti Teknologi MARA
7. Kos GST 6% akan dikenakan untuk setiap transaksi pembayaran.
8. Semua kos penyediaan kelengkapan pertandingan dan pengangkutan kontinjen sekolah adalah tanggungan pihak sekolah masing-masing.
9. Seorang peserta hanya dibenarkan menyertai SATU (1) pertandingan sahaja. Peserta yang sama tidak boleh menyertai pertandingan lain.
10. Pendaftaran peserta kontinjen sekolah hendaklah dilakukan setelah pembayaran yuran dilakukan. Kaedah pendaftaran pertandingan adalah melalui atas talian dalam laman web SCITECH2017 iaitu www.scitech2017.weebly.com
11. Tarikh tutup pendaftaran pertandingan adalah pada 20 Mac 2017.
12. Pihak sekolah hendaklah memaklumkan kepada urusetia pertandingan melalui email SCITECH2017 iaitu [email protected]
13. Sebarang permasalahan dan pertanyaan bolehlah terus menghubungi Pengarah Program bagi setiap pertandingan melalui talian telefon yang telah disediakan dalam laman web SCITECH2017.
14. Semua penyertaan hendaklah mendapat kebenaran dan pengesahan daripada Pengetua Sekolah masing-masing.