MISI
Usaha dalam merealisasikan matlamat dan objektif yang disasarkan oleh pihak kerajaan menjadi syarat utama dalam penganjuran program dan pertandingan ini. Pengaplikasikan dan penguasaan Sains dalam masyarakat secara amnya dan pelajar sekolah secara khususnya menjadi tunjang utama penganjuran program dan pertandingan ini. Selain daripada inisiatif kerajaan dalam memastikan ‘Science to Action’ atau S2A dikalangan semua rakyat Malaysia, pengaplikasian ‘STEM Education’ kepada semua yang terlibat merupakan misi utama yang dititikberatkan dalam penganjuran program dan pertandingan yang julung kalinya diadakan ini oleh Fakulti Pendidikan, UiTM.
MATLAMAT
Program dan pertandingan ini diharapkan dapat membantu pelajar sekolah khususnya dalam mengaplikasikan segala teori yang dipelajari dalam setiap aktiviti dan pertandingan yang diadakan. Selain itu, program dan pertandingan ini juga diharapkan dapat membudayakan elemen ‘STEM Education’ dikalangan semua yang terlibat bermula dari peserta, pihak penganjur malahan semua yang terlibat dalam program dan pertandingan ini sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.