1) PERTANDINGAN KERETA DAN BOT SOLAR
Syarat-syarat Khusus Pertandingan Kereta dan Bot Solar
Kaedah Penghakiman Pertandingan Kereta Solar
Rekabentuk Pembinaan dan Pembangunan
Pertandingan Kelajuan
Kaedah Pertandingan
Hal-hal Lain
- Pertandingan adalah secara berpasukan. Setiap pasukan terdiri daripada 2 orang peserta. Peserta bagi kedua-dua kategori kereta dan bot solar hendaklah terdiri dari pelajar yang sama.
- Rekabentuk bagi kedua-dua kategori hendaklah berasaskan konsep sains dan mempunyai ciri-ciri aerodinamik. Saiz dan berat untuk kereta dan bot solar adalah bebas.
- Konsep kelajuan dan kedudukan sel solar akan diambil kira semasa penghakiman. Sebarang penambahan dan penggunaan tenaga selain daripada cahaya matahari dan spotlight bagi menggerakkan kereta dan bot solar adalah TIDAK dibenarkan.
- Kuasa maksima setiap rekabentuk model kereta dan bot solar adalah TIDAK boleh melebihi 1 watt.
- Hanya 1 sahaja alat tambahan elektronik dibenarkan dipasang pada setiap kereta dan bot solar. Jenis alat adalah bebas.
- Rekabentuk asas kereta solar terbahagi kepada 3 komponen iaitu:
- Binaan badan
- chasis
- Tayar (mengandungi sekurang-kurangnya 4 unit)
- Sebarang pertukaran komponen untuk kereta solar HANYA dibenarkan untuk komponen tayar dan motor sahaja.
- Pertandingan ini memfokuskan KELAJUAN dan REKABENTUK kereta dan bot solar yang paling kreatif dan efektif.
- Setiap pasukan akan diberikan peluang untuk mencuba trek bagi kedua-dua kategori pertandingan.
Kaedah Penghakiman Pertandingan Kereta Solar
Rekabentuk Pembinaan dan Pembangunan
- Kereta dan bot solar yang dihasilkan hendaklah memenuhi kriteria kemahiran berikut;
- Kemahiran Manipulatif
- Kemahiran Proses Sains
Pertandingan Kelajuan
- Trek bagi tujuan pertandingan kelajuan akan disediakan oleh pihak penganjur.
- Semua model kereta dan bot solar akan disusun mengikut trek masing-masing sebelum memulakan perlumbaan.
- Trek perlumbaan adalah berukuran 5m panjang X 45cm lebar.
- Setiap kumpulan akan berlumba sebanyak 3 pusingan. Masa akan dicatat bagi setiap perlumbaan dan masa akan diambil kira untuk menentukan markah bagi setiap kumpulan.
Kaedah Pertandingan
- Semua peserta yang berdaftar akan diberikan kod kereta C1, C2, C3, … dan kod bot B1, B2, B3, … semasa pendaftaran
- Pertandingan dijalankan secara pengiraan markah keseluruhan. Pasukan yang mempunyai purata markah tertinggi dari kedua-dua kategori pertandingan akan dikira sebagai pemenang.
- Kuasa semua model kereta dan bot solar akan diuji semula sebelum pertandingan.
- Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
- Setiap pasukan dikehendaki mengisi borang maklumbalas untuk tujuan penambaikan penganjuran pada masa akan datang
- Sebarang bentuk bantahan terus kepada panel hakim pertandingan tidak akan dilayani.
Hal-hal Lain
- Guru pembimbing TIDAK dibenarkan sama sekali membantu pelajar sepanjang
pertandingan dijalankan. - Para peserta dibenarkan memakai kemeja-T berlogo sekolah, topi, seluar dan kasut sukan semasa pertandingan dijalankan.
- Jika cuaca redup pada hari pertandingan, lampu spotlight akan digunakan untuk
mengecas solar panel. Jika cuaca hujan, pertandingan akan dilaksanakan di kawasan parkir kereta berbumbung di bangunan yang sama. Sebarang keputusan akan ditentukan oleh pihak penganjur.
2) PERTANDINGAN REKACIPTA DAN INOVASI SAINS
Syarat-syarat Khusus Pertandingan Rekacipta dan Inovasi Sains.
Format Bahan Pameran
Panduan Banting/Poster
Kandungan
Proses Penilaian Pertandingan
Pameran
Setiap peserta akan disediakan tapak pameran/booth yang merangkumi dua meja lipat dan 2 kerusi untuk mempamer dan memberi demontrasi rekacipta/inovasi sepanjang pameran berlangsung. Peserta perlu menyediakan bahan keperluan bagi tujuan pameran atau demontrasi rekacipta/inovasi. Semua label dan abstrak mesti dipamerkan dengan jelas di setiap booth pameran. Kos persiapan booth adalah di bawah tanggungan peserta sendiri.
Pengisytiharan Pemenang
Pemenang akan ditentukan berdasarkan purata markah tertinggi yang diperoleh dari setiap juri yang dilantik.
Penafian
- Bilangan peserta untuk setiap kumpulan adalah seramai 2 orang sahaja.
- Projek inovasi dan rekacipta yang dihasilkan mestilah sesuai dengan tema pertandingan iaitu Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM Education).
- Cetusan idea projek mestilah daripada janaan idea sendiri dan bukan plagiat.
- Keperluan bahan untuk membangunkan projek atau persiapan sebelum hari pertandingan adalah tanggungjawab peserta.
- Penggunaan bahan-bahan terbuang atau kitar semula dalam penghasilan projek adalah sangat digalakkan.
- Adaptasi penambahbaikan idea sedia ada boleh diterima pakai selagi aspek penambahbaikan tersebut merupakan faktor utama hasil kreativiti.
- Idea rekacipta mestilah asli dan tidak pernah dikomersial, dipamer atau dimajukan kepada sektor pembuatan.
- Mana-mana penyertaan yang pernah dikemukakan dalam mana-mana pertandingan luar sebelum ini atau didapati meniru / menciplak idea adalah TIDAK LAYAK untuk menyertai pertandingan ini. Pihak Urusetia Pertandingan BERHAK menolak penyertaan atau menarik balik sebarang bentuk hadiah yang diperolehi sekiranya peserta didapati mengemukakan penyertaan yang sama sebelum pertandingan ini.
- Penggunaan sebarang perisian adalah dibenarkan selagi ia sah di sisi undang-undang pengkomputeran Malaysia.
- Penggunaan komputer riba sendiri dan perisian adalah tanggungjawab peserta dan sebarang kemudaratan adalah tanggungjawab sendiri.
- Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD.
Format Bahan Pameran
- Semua projek atau penyelidikan hendaklah berfungsi pada hari pertandingan.
- Tempat pameran/booth akan disediakan bagi setiap penyertaan.
- Setiap pasukan perlu menyediakan banting/poster dan dipamerkan pada tempat pameran/booth.
- Saiz banting/poster mestilah mengikut saiz yang telah ditetapkan.
Panduan Banting/Poster
- Saiz banting/poster adalah mengikut saiz A1 (594X841mm) dan format Potrait.
- Sebarang kos bagi pencetakan dan banting/poster pameran adalah tanggungan sendiri.
Kandungan
- Tajuk produk rekacipta dan inovasi
- Nama ahli kumpulan
- Nama Sekolah
- Pengenalan ringkas produk rekacipta dan inovasi
- Penyataan masalah
- Keunikan produk
- Potensi produk untuk dikomersialkan atau impak terhadap sosioekonomi/ pembangunan masyarakat
Proses Penilaian Pertandingan
- Peserta akan diberi masa selama 10 – 15 minit bagi membentangkan inovasi projek dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan 5 minit untuk menjawab soalan yang diberikan oleh hakim.
- Panel Hakim akan dilantik oleh Jawatankuasa Penganjur untuk menilai dan memilih pemenang berdasarkan kriteria; keaslian, kreativiti, kegunaan dan aplikasi, potensi komersial / kebolehpasaran dan persembahan dan demonstrasi.
- Setiap penyertaan akan dihakimi secara penilaian lisan.
Pameran
Setiap peserta akan disediakan tapak pameran/booth yang merangkumi dua meja lipat dan 2 kerusi untuk mempamer dan memberi demontrasi rekacipta/inovasi sepanjang pameran berlangsung. Peserta perlu menyediakan bahan keperluan bagi tujuan pameran atau demontrasi rekacipta/inovasi. Semua label dan abstrak mesti dipamerkan dengan jelas di setiap booth pameran. Kos persiapan booth adalah di bawah tanggungan peserta sendiri.
Pengisytiharan Pemenang
Pemenang akan ditentukan berdasarkan purata markah tertinggi yang diperoleh dari setiap juri yang dilantik.
Penafian
- Pihak Penganjur TIDAK akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerosakan dan kehilangan barangan di atas.
- Keputusan Panel Hakim adalah muktamad. Peserta TIDAK dibenarkan untuk untuk menuntut bayaran atau gantirugi jika terdapat sebarang kehilangan, kos perbelanjaan atau kerosakan yang timbul, atau berkaitan dengan pengurusan organisasi dan juga keputusan pertandingan.
- Penyertaan dalam pameran/pertandingan akan mengakibatkan pendedahan hakcipta di bawah undang-undang hakcipta. Peserta dinasihatkan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melindungi hakcipta dan hak pendaftaran mereka untuk menghalang kemungkinan berlakunya rampasan hakcipta akibat pertandingan ini. Jawatankuasa Penganjur TIDAK akan bertanggungjawab ke atas sebarang rampasan hakcipta yang dihadapi oleh mana-mana peserta pertandingan atau pameran dalam penyertaan ini.
3) PERTANDINGAN KAPAL TERBANG KERTAS
Syarat-Syarat Khusus Pertandingan Kapal Terbang Kertas
Jarak Penerbangan
Masa Penerbangan
- Bilangan peserta untuk setiap kumpulan adalah seramai 2 orang sahaja.
- Peserta pertandingan hendaklah menyediakan rekaan kapal terbang kertas pada hari berlangsungnya pertandingan.
- Peserta DIKEHENDAKI menggunakan kertas yang disediakan oleh pihak penganjur bagi rekaan masing- masing.
- Kapal terbang kertas mesti dibina daripada sehelai kertas sahaja.
- Lembaran ini boleh diubahsuai dengan melipat sahaja.
- Peserta TIDAK dibenarkan mengoyakkan, menampal, memotong, atau mengokot kertas.
- Peserta perlu mempunyai pelan kapal terbang yang telah disiapkan. Mencari pelan kapal terbang di internet pada masa pertandingan adalah TIDAK dibenarkan.
- Peserta hendaklah mempamerkan nama kumpulan di atas kapal terbang.
- Pesawat itu perlu dilancarkan oleh seorang peserta tanpa bantuan dari kedudukan yang ditetapkan (launching pad). Peserta perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu kaki teguh di atas tanah semasa percubaan.
- Berlari atau berjalan pantas sebagai sebahagian daripada pelancaran TIDAK dibenarkan dan penggunaan tanjakan atau alatan yang mempunyai persamaan dengannya turut tidak dibenarkan.
- Tiada mekanisme sebagai alat bantuan lain bagi menerbangkan kapal terbang seperti bateri, enjin atau kipas dibenarkan.
- Pemenang akan ditentukan berdasarkan markah tertinggi bagi masa dan jarak penerbangan.
Jarak Penerbangan
- Pesawat itu perlu dilancarkan oleh seorang peserta tanpa bantuan dari belakang garis lurus pelancaran yang ditanda di atas lantai.
- Sekiranya peserta merentasi atau menyentuh garisan pada tapak pelancaran, keputusan tidak diterima.
- Peserta dibenarkan bergerak di luar garisan pelancaran selepas kapal terbang telah mendarat ke tanah.
- Setiap ahli kumpulan dibenarkan untuk membuat tiga (3) kali percubaan penerbangan dan kapal terbang yang berbeza dibenarkan sekiranya mengikuti syarat yang ditetapkan.
- Markah akan dikira pada setiap penerbangan dan akan di ambil nilai mata tertinggi.
- Jarak jauh kapal terbang akan dikira daripada garisan mula kapal terbang berlepas sehingga ke titik pertama kapal terbang tersebut mendarat.
Masa Penerbangan
- Pesawat itu perlu dilancarkan oleh seorang peserta tanpa bantuan dari belakang garis lurus pelancaran yang ditanda di atas lantai.
- Sekiranya peserta merentasi atau menyentuh garisan pada tapak pelancaran, keputusan tidak diterima.
- Peserta dibenarkan bergerak di luar garisan pelancaran selepas kapal terbang telah mendarat ke tanah.
- Setiap ahli kumpulan dibenarkan untuk membuat tiga (3) kali percubaan penerbangan dan kapal terbang yang berbeza dibenarkan sekiranya mengikuti syarat yang ditetapkan.
- Markah akan dikira pada setiap penerbangan dan akan di ambil nilai mata tertinggi.
- Masa kapal terbang di udara akan dikira apabila kapal terbang dilancarkan daripada garisan pelancaran sehingga masa kapal terbang menyentuh satu titik ketika mendarat.
4) PERTANDINGAN ROKET AIR
Syarat-syarat Khusus Pertandingan Roket Air
Roket Air Payung Terjun
Roket Air Target
- Bilangan peserta untuk setiap kumpulan adalah seramai 2 orang sahaja.
- Setiap kumpulan peserta perlu menyediakan roket menggunakan botol air berkabonat 1.5 liter atau dikenali sebagai “PET plastics”, rujuk contoh botol yang diberikan.
- Peserta akan melancarkan roket air menggunakan “launcher” yang disediakan oleh penganjur.
- Para peserta wajib menyertai kedua-dua kategori.
- Para peserta perlu menyediakan minimum 3 roket bagi kategori roket air payung terjun dan bilangan roket secukupnya bagi kategori roket air target.
- Satu kumpulan akan dibenarkan untuk melakukan 1 kali percubaan dan 2 kali pelepasan yang akan dikira jarak/masa.
- Satu kumpulan akan dibenarkan untuk melakukan 1 kali percubaan dan 2 kali pelepasan bagi kategori roket air payung terjun dan juga bagi setiap jarak bagi kategori roket air target, jarak/masa akan diambil bagi kedua-dua kategori.
- Darjah kecondongan ditetapkan iaitu 90 darjah dan tekanan udara (tidak melebihi 60psi) ditetapkan oleh peserta bagi roket air payung terjun manakala bagi roket air target darjah kecondongan dan tekanan (tidak melebihi 60 psi) akan ditentukan oleh peserta.
- Semua tenaga yang dibekalkan kepada roket air adalah kombinasi tekanan air dan udara sahaja.
- Pihak urus setia TIDAK bertanggungjawab di atas sebarang kehilangan yang disebabkan oleh kecuaian peserta dan guru sepanjang program pertandingan berlangsung.
- Sebarang kerosakan barangan yang digunakan untuk pertandingan adalah di bawah tangunggjawab peserta sendiri.
- Para peserta TIDAK dibenarkan untuk meminta ganti rugi di atas kerosakan yang berlaku sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
- Keputusan panel hakim adalah muktamad bagi semua kategori pertandingan, sebarang bantahan tidak dilayan.
- Semua peraturan dan syarat pertandingan adalah tertakluk kepada perubahan semasa, tanpa notis awal.
Roket Air Payung Terjun
- Syarat Pertandingan
- Setiap pasukan dikehendaki melancarkan roket air yang dilengkapi payung terjun dan catatan masa roket diudara akan diambil.
- Peserta perlu menyediakan roket dengan menggunakan spesifikasi bahan yang dinyatakan.
- Peserta boleh menyediakan roket dengan pelbagai bentuk mengikut kreativiti.
- Peserta perlu melancarkan roket dengan 1 kali percubaan dan 2 kali pelancaran yang akan dikira masa.
- Peserta dibenarkan menggunakan roket air yang berlainan setiap kali percubaan yang berlainan.
- Tempoh pemasangan bagi persediaan dan pelancaran tidak boleh melebihi 3 minit.
- Komponen utama roket air mestilah jatuh bersama payung terjun ke permukaan bumi.
- Jika payung terjun tidak terbuka semasa diudara, catatan masa masih diambil kira.
- Setiap kumpulan mestilah menentukan sendiri parameter seperti paras air dan tekanan udara.
- Setiap roket air hanya dilancarkan dengan tekanan udara tidak melebihi 60 psi.
- Roket air yang digunakan untuk pertandingan roket air payung terjun TIDAK dibenarkan digunakan lagi untuk pertandingan roket air target dan sebaliknya.
- Payung terjun digunakan untuk menyelamatkan roket.
- Masa akan mula diambil semasa roket air dilancarkan sehingga ianya:
- Terbang di udara selama 15 minit
- Hilang dari pandangan juri
- Tersangkut di atas objek lain seperti pokok, bangunan
atau pagar - Jatuh ke permukaan bumi
- Penentuan Pemenang
- Masa akan mula diambil sejurus sahaja peserta melancarkan roket.
- Catatan masa terbaik akan diambil untuk setiap kumpulan melaui 2 percubaan yang dibuat, pemenang keseluruhan ditentukan melalui catatan masa terpanjang.
Roket Air Target
- Syarat Pertandinagn
- Peserta perlu menyediakan roket air dengan menggunakan spesifikasi bahan yang dinyatakan.
- Peserta boleh menyediakan roket air dengan pelbagai bentuk mengikut kreativiti.
- Para peserta perlu melancarkan roket air dengan 1 kali percubaan dan 2 kali perlepasan yang akan dikira jaraknya bagi kedua-dua jarak iaitu 80 meter dan 100 meter .
- Anda dibenarkan menggunakan roket air yang berlainan setiap kali pelancaran yang berlainan.
- Roket yang telah digunakan untuk pertandingan roket air payung terjun tidak lagi boleh digunakan untuk pertandingan roket air target dan sebaliknya.
- Tempoh pemasangan bagi persediaan dan pelancaran tidak boleh melebihi 3 minit.
- Setiap pasukan dikehendaki melancarkan roket air dan mengena sasaran pada jarak yang paling dekat dengan sasaran.
- Jarak sasaran,x dari tapak pelancar adalah ditetapkan 100 meter dan 80 meter. Bagaimanapun panel juri berhak menentukan jarak baru antara 50 meter dan 100 meter bagi kedua-dua jarak.
- Peserta dibenarkan menetukan sendiri parameter seperti paras air dalam botol, tekanan udara dan sudut roket.
- Tekanan udara bagaimanapun tidak boleh melebihi 60 psi.
- Jarak roket air yang jatuh dari zon sasaran akan diukur.
- Sekiranya roket air berpecah kepada 2 bahagian selepas pelancaran, percubaan tersebut adalah dianggap gagal (tiada markah diberikan).
- Roket air yang jatuh diluar sasaran dianggap gagal
- Penentuan Pemenang
- Roket perlu dilancarkan kearah target.
- Pelajar akan membuat pelancaran sebanyak 3 kali dan 2 pelancaran yang diambil kira jaraknya. Pemenang akan ditetukan melalui jarak yang terbaik yang dicatatkan antara 2 pelepasan yang dibuat.
5. PERTANDINGAN DRAMA SAINS
Syarat Khusus Pertandingan Drama Sains
- Bilangan maksikum peserta untuk setiap kumpulan adalah seramai 3 orang sahaja.
- Drama yang dipersembahkan harus bertemakan Pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM Education).
- Durasi Drama Sains ini adalah 10 minit SAHAJA Peserta dinasihatkan agar mematuhi durasi masa yang telah ditetapkan.
- Loceng pertama berbunyi sebanyak 1 kali menandakan pertandingan bermula dan para juri mula membuat penilaian terhadap para peserta. Dalam masa yang sama, papan berwarna hijau akan diangkat.
- Loceng kedua berbunyi sebanyak 2 kali menandakan bahawa para peserta perlu bersedia untuk menghabiskan persembahan dalam tempoh masa 2 minit.. Dalam masa yang sama, papan berwarna kuning akan diangkat.
- Loceng ketiga berbunyi sebanyak 3 kali menandakan bahawa tempoh masa persembahan telah tamat dan papan berwarna merah akan diangkat.
- Lima minit tambahan diperuntukkan sebelum pertandingan sebagai tempoh persediaan.
- Satu markah akan ditolak pada setiap 1 minit yang diambil oleh peserta setelah tempoh 15 minit tamat (termasuk tempoh persediaan).
- Drama Sains ini harus disampaikan dalam satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.
- Skrip Drama Sains ini harus disediakan dalam satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris dan dihantar pada hari pendaftaran.
- Format skrip Drama Sains adalah seperti yang berikut:
- ‘Font’ : Arial
- ‘Size’ : 11
- ‘Spacing’ : 1.5
- Peserta diharuskan menyediakan minimum SATU (1) demonstrasi Sains dalam setiap Drama Sains yang dipersembahkan.
- Peserta dinasihatkan untuk berpakaian yang sopan dan kemas. Peserta juga dibenarkan untuk memakai kostum mengikut kreativiti dan harus dipastikan kostum tersebut tidak mengganggu kelancaran Drama Sains.
- Peserta tidak dibenarkan untuk memasukkan elemen keagamaan, perkauman dan politik di dalam Drama Sains yang dipersembahkan.
- Peserta harus mematuhi langkah-langkah keselamatan semasa mengunakan bahan yang berbahaya seperti bahan yang mudah terbakar atau bahan yang mengandungi bahan kimia keras.
- Pihak sekolah bertanggungjawab untuk memastikan Drama Sains yang dipersembahkan mematuhi syarat-syarat pertandingan serta selamat untuk dilaksanakan.
- Berikut merupakan perkara yang DIBENARKAN semasa persembahan Drama Sains:
- Peserta dibenarkan untuk berinteraksi dengan penoton secara verbal mahupun fizikal.
- Peserta dinasihatkan untuk membawa prop yang mudah alih.
- Peserta digalakkan untuk menggunakan bahan kitar semua sebagai prop.
- Berikut merupakan perkara yang DILARANG semasa persembahan Drama Sains:
- Mengandungi proses masakan semasa Drama Sains berlangsung.
- Menggunakan objek yang berbahaya atau objek yang boleh membahayakan orang lain.
- Keputusan pihak juri adalah muktamad.